TEMA SELAMAT HARI GURU 2022 - GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA


 



Assalamualaikum. Terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik termasuk diri sendiri. Setiap tahun 16 Mei dirai para warga pendidik sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pada tahun ini tema baharu diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM iaitu :

"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"

Maksud tema :

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. 

S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat

E” pula bermaksud etika dan empati

J” bermaksud jati diri

A” bermaksud adab sopan

H” bermaksud harmoni, huruf

T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil

E" bermaksud eksplorasi

R” bermaksud rasional

A" bermaksud artikulasi


Senarai Tema Hari Guru Kebangsaan Tahun 1972-2021

Berikut adalah senarai tema-tema perayaan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan daripada tahun 1972 sehingga 2021 yang telah menjadi sejarah dalam dunia pendidikan serta dikumpulkan yang boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

2022 - Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
2021 - Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2020 - Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 - Guru Pembina Negara Bangsa
2016 - Guru Pembina Negara Bangsa
2015 - Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 - Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 - Dedikasi dan Displin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 - Guru dan Pembangunan Negara
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknlogi
1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



Previous Post Next Post