Jom sertai Program Pensijilan Quizizz : Quizizz Certified Game Changer


Quizizz merupakan sebuah aplikasi pembelajaran dalam talian yang membolehkan guru membina dan mengendalikan kuiz interaktif sebagai gamifikasi, ujian dan bahan semakan untuk muridnya. Program ini membolehkan murid belajar dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif, serta membantu guru dalam menilai hasil pembelajaran murid. Quizizz juga boleh diakses melalui pelayar web atau aplikasi mudah alih. 

        Quizizz pertama kali dilancarkan pada 2014 oleh Ankit Gupta dan Deepak Joy Cheenath, dua pelajar yang sedang belajar di Institut Teknologi India (IIT) Bombay. Pada mulanya, Quizizz merupakan projek tesis yang dibangunkan oleh kedua-dua pelajar tersebut dengan tujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif. Seiring dengan perkembangan teknologi, Quizizz telah menjadi aplikasi yang boleh diakses secara global dan digunakan oleh guru dan pelajar di seluruh dunia. Pada masa ini Quizizz telah digunakan oleh lebih 60 juta pelajar dan guru di seluruh dunia.

        Quizizz boleh dianggap sebagai "game changer" dalam dunia pendidikan kerana menyediakan cara baharu untuk murid belajar dan untuk guru menilai hasil pembelajaran. Melalui penggunaan menggunakan untuk pelajar. Ini dapat meningkatkan motivasi murid dan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan. Selain itu, Quizizz juga membolehkan guru menilai hasil pembelajaran murid dengan lebih mudah dan cepat, sekali gus membantu dalam proses penambahbaikan pembelajaran. Walau bagaimanapun, keberkesanan Quizizz bergantung kepada cara guru menggunakannya dalam proses pembelajaran. 



        Seperti aplikasi yang lain, Quizizz juga menyediakan sebuah program pensijilan (Quizizz Certified Programmes) iaitu Quizizz Certified Game Changer. Saya hanya menggunakan telefon sahaja untuk mengambil pensijilan ini. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Quizizz Game Changer? Anda hanya perlu masuk ke pautan ini . Selesaikan cabaran dalam bentuk lesson sebanyak 67 slaid yang disediakan dalam masa 30 minit (saya mengambil masa hampir sejam) dan yang paling penting hanya skor yang mencapai 80% ke atas sahaja yang akan memperoleh sijil sebagai bukti anda melepasi cabaran tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya tidak berjaya, anda boleh mengulang sehinggalah mencapai skor minimum yang ditetapkan. Pensijilan ini PERCUMA sahaja. Ada 7 lesson kesemuanya yang terdiri daripada video, nota dan soalan berkaitan fitur Quizizz. Terdapat juga soalan pengetahuan am sebagai contoh penggunaanya dalam Quizizz. Ada soalan Matematik, Sains dan Bahasa Sepanyol. Ops! Jangan risau. Anda boleh mencari jawapannya terlebih dahulu. 

















        Apabila selesai, skor akan dipaparkan sama ada anda mencapai skor minimum iaitu 80% atau tidak. Alhamdulillah saya mendapat skor sebanyak 91% dan layak untuk mendapatkan sijil. Semoga berjaya buat semua rakan guru pendidik. Anda pasti boleh. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda pula. Boleh isi SPLKPM dan berikan bukti sijil kepada Penyelaras SPLKPM sekolah masing-masing.

JANGAN LUPA BERIKAN SOKONGAN KEPADA CHANNEL YOUTUBE CHEKGU LK 




6 Comments

Previous Post Next Post