PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BERMULA 7 APRIL 2023

 


PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BERMULA 7 APRIL INI


Temu bual YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan Yusoff, Pengerusi SPP di slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) pukul 8.30 pagi tadi Isnin 3 April 2023 ada menyatakan bahawa Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 akan mula di iklankan pada Jumaat 7 April 2023 bagi Graduan Pendidikan (ISMP+DPLI+ Master Pendidikan Teknikal & vokasional- MBV dari UTHM sahaja) dan yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan) juga berpeluang memohon melalui Secara Contract of Sevice (CoS).


💡 Walaubagaimanapun, keutamaan bagi calon yang mempunyai kelayakan Ikhtisas Pendidikan.


Temuduga akan dijalankan disekitar bulan Jun sehingga bulan Julai 2023. Dinyatakan oleh Tan Sri, calon temuduga 500 calon sehari akan di temuduga. 


Antara subjek kritikal yang dinyatakan oleh Tan Sri yang boleh dimohon oleh Graduan Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan adalah seperti 

✅Bahasa Melayu

✅Bahasa Inggeris

✅Pendidikan Islam

✅Reka Bentuk dan Teknologi 

✅Pendidikan Seni Visual 

dan lain-lain.  


Permohonan dalam tempoh 14 hari (3 minggu) dari tarikh diiklankan di portal rasmi SPP.


🎞 Pautan youtube 

https://youtu.be/_ne2Hkt3o_s


💬Layari portal SPP

https://myspp.spp.gov.my/


Previous Post Next Post