Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab : Celik Wang
Pengurusan wang secara berhemat amat penting dalam
kehidupan seharian, terutama dalam kalangan murid. Namun, masih ramai murid
yang tidak menggunakan wang saku dengan betul dan kurang berminat untuk
menabung. Sikap boros ini boleh memberi kesan negatif pada masa hadapan.
Murid perlu belajar mengurus wang
dengan baik agar tidak membazir. Amalan menabung merupakan langkah bijak untuk
menyediakan simpanan bagi keperluan masa hadapan. Selain itu, murid juga boleh
menjimatkan kos dengan menggunakan prasarana sekolah seperti air dan elektrik
secara berhemah.
Justeru, kita harus berbelanja secara
berhemat, mengutamakan keperluan berbanding kehendak, dan menjadikan tabiat
menabung sebagai budaya.
Kesimpulannya, pengurusan kewangan
yang baik akan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih teratur dan stabil
pada masa hadapan.