PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: PENJIMATAN SUMBER AIR
Kos untuk memproses air mentah kepada air bersih sangat tinggi. Oleh itu, penjimatan dalam penggunaan air amat penting agar tidak membebankan kewangan negara. Malangnya, masih ramai yang kurang peka tentang kepentingan menjimatkan air dalam kehidupan seharian.
Kita perlu didedahkan dengan cara-cara penjimatan air seperti menutup pili air dengan sempurna selepas digunakan. Selain itu, kita juga boleh memanfaatkan sumber air semula jadi seperti air hujan untuk menyiram pokok dan membasuh kawasan luar rumah.
Kita harus mengelakkan pembaziran air semasa mandi, membasuh tangan, atau menggosok gigi. Jika terdapat kebocoran paip, segera maklumkan kepada ibu bapa atau pihak sekolah.
Kesimpulannya, kita mestilah berjimat cermat dalam menggunakan air demi kelestarian alam dan kesejahteraan masa hadapan.