PETIKAN SIVIK TEMA HORMAT-MENGHORMATI : MEMATUHI PERATURAN SETEMPAT
Peraturan setempat wujud bagi memastikan keharmonian dan keselamatan masyarakat. Malangnya, masih ada yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Penguatkuasaan undang-undang setempat amat penting untuk mengelakkan sebarang pelanggaran yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Setiap individu perlu mempunyai disiplin diri dalam mematuhi peraturan. Penguatkuasaan yang berkesan serta kesedaran tentang adat resam dan pantang larang di sesebuah kawasan turut memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan saling menghormati.
Kita harus saling mengingati dan menasihati sesama sendiri. Aduan terhadap pelanggaran peraturan juga harus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Di samping itu, masyarakat perlulah mematuhi dan menghormati adat serta pantang larang setempat.
Kesimpulannya, mematuhi undang-undang dan peraturan setempat mencerminkan sikap bertanggungjawab serta menjamin kesejahteraan komuniti.
#SivikdalamPerhimpunan
#SivikSekolahRendah