PETIKAN SIVIK TEMA BERTANGGUNGJAWAB : JUJUR




PETIKAN SIVIK TEMA BERTANGGUNGJAWAB : JUJUR

Sikap jujur merupakan asas penting dalam membentuk peribadi mulia seseorang murid. Namun begitu, masih ada murid yang terlibat dalam salah laku di sekolah dan menggunakan alasan menipu sebagai helah untuk membela diri. Perkara ini wajar dielakkan kerana tidak membawa kebaikan.


Antara salah laku yang sering berlaku termasuklah meniru ketika peperiksaan, menyorokkan kesalahan, dan menipu ibu bapa. Ketidakjujuran boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan, hubungan renggang dan mencemarkan nama baik diri dan sekolah.


Murid perlu sentiasa jujur dalam setiap percakapan dan perbuatan. Kita juga harus berani menasihati rakan-rakan agar bersikap jujur dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.


Kesimpulannya, amalan jujur perlu diterapkan sejak kecil agar menjadi budaya hidup. Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dalam apa jua keadaan demi membentuk masyarakat yang berintegriti.

Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK

#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR

Previous Post Next Post