CORETAN 2022 : SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN CHEKGU LK SEPANJANG TAHUN 2022

CORETAN 2022 : SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN CHEKGU LK SEPANJANG TAHUN 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pelawat entri kali ini. Pejam celik kini 2022 melabuhkan tirainya. Alhamdulillah dapat melihat sinar 2023 yang bertandang disambut dengan penuh harapan. Tahun 2022 bagi saya seolah-seolah suatu masa yang sangat panjang kerana banyak perkara yang berlaku. Akhirnya blog ini memiliki domain. Terima kasih buat Akademi Youtuber untuk semangat ini.

Tahun 2022 dimulakan dengan suasana dan persekitaran yang baharu apabila saya dapat berpindah kerana lulus Eg-Tukar tanpa diduga. Setelah 8 tahun berkhidmat di SK Padang Berampah, Sipitang kini menyambung amanah di SK Saint John, Beaufort. Dapat berpindah ke daerah yang dikatakan "daerah kebal" suatu nikmat yang tidak dapat dibayangkan kerana akhirnya berkhidmat di daerah sendiri. 03 Januari 2022 tarikh penempatan di sekolah baharu ini. 


Di sekolah baharu, saya telah diberikan kepercayaan untuk memegang amanah :

  1. Guru Kelas Tahun 4
  2. Guru Penyelaras Inovasi
  3. Guru Penyelaras RMT
  4. Guru Penyelaras TS25

Sememangnya bagi saya berubah 90% tugas di sekolah lama sebelum ini kerana dahulunya tugas sebagai Guru Penyelaras Bestari dan guru ICT sememangnya tidak memegang jawatan dalam pengurusan HEM. Lebih kepada pembangunan pembestarian ICT. Tetapi, pesanan Tuan Zulkifle Kassim iaitu Pegawai PPD Sipitang kepada saya sebelum ini semasa bertemu dengan beliau, "jadilah seperti permata, di mana pun berada tetap bersinar". Alhamdulillah tetap dijadikan pedoman.


Sepanjang tahun 2022 ini, rupa-rupanya dalam tidak sedar inilah yang mampu saya laksanakan dan sumbangkan bukan sahaja dalam dunia pendidikan malahan komuniti setempat. Catatan yang direkod yang dianggap rasmi "official". Sampingan yang lain hanya penambah rasa dalam penjalanan sepanjang 2022 ini. Insya-Allah sekiranya diizinkan, ingin berkhidmat dan menimba ilmu lebih lagi untuk dikongsikan semula kepada yang lain. 



Sumbangan Luar : 

  1. Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Akademi Youtuber (2020-Kini)
  2. Google for Educator Certified Trainer (2022)
  3. Co-Leader GEG Beaufort 2022
  4. Inspire Captain GEG Tenom 2022
  5. Jurulatih Utama Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah Sesi 2022/2023

 

Komuniti :

  1. Exco Komuniti dan Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah 2022
  2. Penyelaras Dan Guru Tuisyen Percuma Projek Iq MRA Sabah 2022
  3. Setiausaha Sekretariat MRA Sabah Pedalaman Bawah (2017 - 2022)
  4. Youtuber Pendidikan (Channel Youtube Chekgu LK)

 

Penceramah / Presenter (Dalam Talian / Bersemuka) :

  1. Guru Tuisyen Percuma Siaran Langsung Akademi Youtuber (2020-Kini)
  2. Penceramah Webinar Youtube : Youtube Broadcast Together Anjuran Webinar Delima Certified Training Programme 2.0
  3. Penceramah Perkongsian 1 : Pencipta Kandungan Digital Program Pelaksanaan Sesi Pempengaruh Pendidikan (Edufluencers) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di Bawah Aktiviti Padu (Kod Aktiviti 062720) 2022
  4. Penceramah GEG Beaufort Virtual dan Taklimat Pensijilan Google Certified Educator Level 1 Anjuran Ustp Ppd Beaufort dengan Kerjasama GEG Beaufort dan MDEC di Bawah Program Cikgu Juara Digital (2022)
  5. Penceramah dan Guru Jemputan Simulasi Perkongsian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran PAK21 di SK Pekan Sipitang (2022)

 

Teknikal / Moderator Live Rasmi :

  1. Pegawai Teknikal Program Jom, Cakna SPM Ezy Learning Web Anjuran Timbalan Menteri Pendidikan 1 2022
  2. Pegawai Teknikal Seminar Didik Rakyat bagi Calon Spm 2021 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Beaufort 2022
  3. Pegawai Teknikal Program Webinar Malaysian University Entrance Test (Muet) Peringkat Daerah Sipitang 2022
  4. Moderator Webinar Certified Training Programme 2.0 Youtube : Watch A Youtube Video X 1.5 Speed (2022)

 

Pencapaian Dalam Inovasi :

  1. Tempat Ketiga KNOVASI anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (2022)
  2. Pingat Emas KNOVASI anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (2022)
  3. Anugerah Emas KOLOPEM (Kolokium Pemantapan Bahasa Melayu dan Inovasi) Kategori Inovasi Peringkat Kebangsaan 2022
  4. Anugerah Emas Kategori Digital Innovation Competition dalam International Conference On Teacher Education (ICTE) 2022 
  5. Anugerah Gangsa Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) International Learning Innovation Competition 2022 Anjuran UUM

 

Anugerah 2022 :

  1. Top 50 Cikgu Juara Digital (CJD) 2022
  2. Anugerah Khas Pendidikan : Pencipta Kandungan Digital (Digital Content Creator) Sempena Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2022
  3. Anugerah Kepimpinan Cemerlang - Akademi Youtuber (2022)
  4. Anugerah Guru Ikon Kategori Kurikulum PPD Beaufort Sempena Sambutan Hari Guru & Majlis Apresiasi Ppd Beaufort (2022)

Pada masa yang sama, tahun 2022 ini juga impian yang sudah lama dipendam kini cuba digapai iaitu ingin mendapatkan segulung ijazah sarjana dalam tangan. Sebelum ini mengambil masa yang lama untuk memilih universiti pilihan. Di Sabah, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu tiada ditawarkan. Sangat sedih dan sedikit risau memikirkan kos dan jarak. Akhirnya memilih UKM sebagai pilihan atas beberapa faktor.

Alhamdulillah walaupun agak mencabar sebenarnya belajar sambil bekerja. Sangat menguji ketabahan hati. Bayangkan purata setiap subjek ada 3 tugasan "assignment". Setiap semester pula ada 4 subjek. Terpaksa kuatkan semangat walaupun rakan-rakan satu persatu mengundur diri. Mesti kuatkan semangat! 
Apabila semangat itu diuji, maka cuba membayangkan diri memakai jubah konvokesyen oren tersebut. (Kod baju konvo untuk mod eksekutif UKM). Cerita penuh tentang perjuangan mendapatkan segulung ijazah sarjana akan disampaikan dalam VLOG.




2023!
Semoga diri ini dapat melaksanakan amanah sebagai pendidik kepada generasi alpha ini dengan baik. Insya-Allah.

~ Cikgu Sabahan Part time Youtuber ~ ❤️Platform Chekgu LK : https://withkoji.com/@chekgulk

RADU SAMPAI PADU!

4 Comments

Previous Post Next Post