Pelantikan Rasmi sebagai Leader Baharu GEG Beaufort

 


Bismillah... Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dengan penuh rasa rendah hati, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diberi amanah sebagai Leader baharu Google Educator Group (GEG) Beaufort secara rasmi hari ini 30.05.2025.
Pelantikan ini saya terima dengan tekad untuk terus memperkukuh peranan GEG Beaufort sebagai sebuah komuniti yang menyokong guru-guru dalam mendepani cabaran pendidikan digital. Saya percaya bahawa setiap guru berhak mendapat ruang untuk belajar, berkongsi dan berkembang dan GEG adalah jambatan terbaik ke arah itu.
Saya juga dengan rendah hati ingin memohon bimbingan dan tunjuk ajar daripada Master Trainer, sifu-sifu, rakan-rakan Leader GEG yang lain di seluruh Malaysia. Anda semua adalah sumber inspirasi saya dan saya amat mengharapkan kolaboratif serta panduan daripada anda semua. Insya-Allah. terima kasih atas tunjuk ajar masa awal-awal saya mengenali dunia GEG menerusi DCTP Ts. Azizul Abu Bakar Cikgu Zhaf Fharul Cikgu Emkay Idzwan Ust Mawaridi GB Shamsuria Ebni GB Norzalina Dan Herman Ina Ghazali Cikgu Rimi Mas Adilla Mohari Sir Benny Lau serta harap juga dapat bekerjsama dengan lebih erat lagi para leader dalam GEG SABAH Ts. Azizul Abu Bakar Ts. Mohd Idremzizan Idris Sharon Pascol Abdul Hafiz Abdul Rahman Ct Norhana Nadia Richard
Ucapan penghargaan teramat istimewa juga saya tujukan kepada mantan Leader GEG Beaufort, Mdm Nur Hidayah, atas segala usaha, dedikasi dan kepercayaan yang telah diberikan. Beliaulah yang telah berusaha dalam sejarah penubuhan GEG Beaufort . Terima kasih kerana membuka jalan dan meninggalkan asas yang kukuh untuk kami teruskan perjuangan ini. Kalau bukan kerana faktor komitmen dan kesihatan, sudah pasti beliau sayang untuk menyerahkan tanggungjawab ini. Apa yang pasti tetap masih bersama-sama untuk membantu.
Sebenarnya, Mdm Hidayah calonkan pada sebelum raya hari itu. Tetapi belum bersedia dengan kekangan komitmen sedia ada. Dua hari lepas, baru isi borang pencalonan Leader sbb Mdm Stephanie Yap Su Chen info tentang GEG Leader Meet up. Hahaha.. Terkejut juga cepat juga keputusannya. Ok this is my video yang saya attach dalam borang pencalonan: https://www.youtube.com/watch?v=IlpqK1zbUaI
Akhir kata, teruskan mengikuti GEG Beaufort untuk pelbagai inisiatif yang bakal kami lancarkan bersama dengan para Co-leader dan Captain GEG Beaufort Mdm Hidayah, Shahrul Sameh Ts. Faez Ezaz Alan Sherry Yanjurus Lee Chee Wei Mohammad Danial Abdul Rahim Siew Hwa Yu Lusia Gampalid Noor Ezzaidah Jasli Sya Azura Asrifah Amirul
Kami tidak ramai tapi kami ada. Kepada yang aktif dan berminat ingin sertai sebagai committee members GEG Beaufort (Beaufort, KP, Sipitang dan kawasan sekitar) boleh contact kami.
Salam Kaamatan dan Hari Gawai 2025
Jemput support
Website : Akan datang (site baharu)
Previous Post Next Post