PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: SAYA ANAK MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan dikenali di mata dunia kerana kepelbagaian bangsanya. Rakyatnya hidup bersatu padu dalam suasana aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain. Hal ini menjadi kekuatan dan identiti istimewa Malaysia.
Semangat jati diri dapat diperkukuh melalui penghayatan terhadap sejarah perjuangan negara mencapai kemerdekaan. Kita harus mencontohi semangat patriotik pejuang terdahulu yang sanggup berkorban demi negara tercinta.
Bagi mengekalkan keharmonian ini, kita harus mengekalkan tradisi kunjung-mengunjung ketika musim perayaan dan mengamalkan toleransi dalam kehidupan seharian. Aktiviti kenegaraan seperti perarakan Hari Kebangsaan juga perlu disertai.
Kesimpulannya, sebagai anak Malaysia, kita harus sentiasa menjaga imej negara agar terus dihormati dan disanjungi dunia.