PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN FLORA DAN FAUNA

 


PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN FLORA DAN FAUNA

Pembangunan yang pesat sering kali menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Selain itu, aktiviti penyeludupan dan pemburuan haram turut membimbangkan kerana boleh membawa kepada kepupusan spesies haiwan. Tidak kurang juga flora yang dikomersialkan secara berlebihan hingga menjejaskan keseimbangan alam.

    Namun begitu, pembangunan yang dirancang dengan baik mampu memelihara kelestarian flora dan fauna. Kawasan hutan simpan perlu diwartakan sebagai aset negara dan dilindungi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

    Pendidikan tentang kepentingan flora dan fauna dalam ekosistem harus diterapkan sejak di bangku sekolah. Kempen sayangi flora dan fauna juga perlu dilaksanakan secara berterusan.

    Kesimpulannya, kita harus menghargai anugerah dan ciptaan Tuhan dengan memelihara dan memulihara alam sekitar demi masa hadapan.


Previous Post Next Post