PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: SAYANGI SESAMA MANUSIA

 


PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: SAYANGI SESAMA MANUSIA

Hubungan antara manusia kini semakin renggang disebabkan kekangan komunikasi dan gaya hidup yang sibuk. Hal ini menjejaskan hubungan kemasyarakatan yang seharusnya dibina atas dasar kasih sayang dan keprihatinan. Pelibatan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan sambutan perayaan dapat menyatukan komuniti dan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

    Kasih sayang sesama insan penting demi mewujudkan kesejahteraan sejagat. Kita perlu sentiasa bersikap prihatin dan simpati terhadap mereka yang tidak bernasib baik. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah memberi sumbangan kepada anak yatim, mangsa penindasan atau peperangan.

    Selain itu, kita juga perlu menanam sifat suka membantu dan mendorong kebaikan dalam masyarakat. Kesimpulannya, keprihatinan terhadap keperluan masyarakat akan menjadikan kita insan yang bertanggungjawab dan penyayang.


Previous Post Next Post