PETIKAN SIVIK TEMA BERTANGGUNGJAWAB : MENJAGA PERSEKITARAN SEKOLAH
Menjaga persekitaran sekolah ialah tanggungjawab bersama seluruh warga sekolah. Gejala vandalisme dan penularan penyakit berjangkit merupakan antara kesan buruk jika kawasan sekolah tidak dijaga. Selain mencacatkan kemudahan, ia boleh menjejaskan kesihatan warga sekolah.
Vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Oleh itu, setiap murid perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan dan kemudahan sekolah. Menjaga kebersihan persekitaran membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan selamat.
Antara langkah yang boleh diambil termasuklah menggunakan prasarana sekolah secara berhemah dan menyertai aktiviti kitar semula. Murid juga digalakkan mengamalkan sikap prihatin dengan tidak membuang sampah merata-rata.
Kesimpulannya, sekolah yang bersih dan ceria melahirkan murid yang cemerlang. Amalan menjaga kebersihan harus diterapkan dalam kehidupan seharian demi mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
#SivikdalamPerhimpunan
#SivikSekolahRendah