PETIKAN SIVIK TEMA BERTANGGUNGJAWAB : HAK ASASI KANAK-KANAK
Kanak-kanak merupakan golongan yang perlu dilindungi dan dihormati hak asasinya. Namun, masih berlaku penderaan, penafian hak serta eksploitasi terhadap kanak-kanak dalam masyarakat. Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.
Terdapat pelbagai jenis penderaan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak seperti penderaan fizikal, mental dan emosi. Kita harus mengiktiraf dan menghormati hak kanak-kanak agar mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan sihat.
Antara langkah yang boleh diambil termasuklah melaporkan sebarang penderaan atau eksploitasi kepada pihak berkuasa. Selain itu, setiap individu bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi hak kanak-kanak daripada sebarang ancaman.
Kesimpulannya, kita semua perlu memainkan peranan untuk memastikan kanak-kanak hidup dengan selamat dan bahagia. Amalan bertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak hendaklah diteruskan demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK
#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR