PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: SAHABAT



PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: SAHABAT

Sahabat ialah teman yang sentiasa bersama kita dalam suka dan duka. Namun, gejala anti sosial, sikap memilih kawan, dan perbuatan membuli sering mengganggu keharmonian persahabatan. Hal ini berlaku apabila murid terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan hubungan dengan rakan-rakan lain.

Pengaruh rakan sebaya yang negatif boleh menyebabkan murid terjebak dengan pelbagai gejala anti sosial. Selain itu, faktor seperti ingin menonjolkan diri atau ingin diterima dalam kumpulan juga boleh membawa kepada masalah buli. Terdapat pelbagai jenis buli, antaranya buli fizikal, buli lisan dan buli siber yang memberi kesan buruk kepada mangsa.

Murid perlu menghargai rakan-rakan dengan bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan serta bijak memilih kawan. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menghormati dan menyayangi sahabat agar persahabatan berkekalan dan kehidupan menjadi lebih harmoni.


Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK

#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR

Previous Post Next Post