PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: NEGARAKU MERDEKA!
Kemerdekaan negara merupakan anugerah yang amat bernilai. Namun, masih ada generasi muda yang kurang pengetahuan, kurang jati diri dan tidak berminat untuk mengetahui sejarah negara. Hal ini boleh melemahkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Oleh itu, setiap warga perlu memperluas maklumat tentang sejarah negara agar tidak mudah dipengaruhi ideologi negatif. Rakyat juga bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan yang dicapai hasil perjuangan nenek moyang kita. Dengan itu, semangat cintakan tanah air dapat dipupuk dan dipelihara sepanjang masa.
Kita hendaklah bersama-sama mengekalkan kemerdekaan dengan menghormati bendera Malaysia, menyanyikan lagu patriotik dengan semangat serta menyambut Hari Kemerdekaan dengan bangga.
Kesimpulannya, generasi muda perlu berusaha memupuk semangat patriotik agar kemerdekaan negara terus berkekalan.
Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK
#SivikSR