PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: MENGEKALKAN WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA



PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: MENGEKALKAN WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA

Warisan dan budaya merupakan khazanah berharga yang menjadi identiti sesebuah bangsa. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya hasil daripada perpaduan masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni. Keunikan inilah yang menjadikan Malaysia istimewa serta menjadi tarikan kepada pelancong asing.


Budaya Malaysia dibentuk oleh pengaruh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, serta etnik-etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu. Kepelbagaian ini melahirkan adat, makanan, pakaian, seni tari dan bahasa yang unik serta mencerminkan kekayaan identiti bangsa Malaysia. Proses asimilasi budaya ini menjadikan masyarakat kita lebih kaya dengan nilai murni dan keunikan yang tiada tandingan.


Kita hendaklah menghormati budaya kaum lain, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, serta menggalakkan pelibatan murid pelbagai kaum dalam aktiviti di sekolah. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga harus dipupuk kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlu menghargai dan mengekalkan warisan budaya agar ia terus menjadi kebanggaan negara. Dengan itu, warisan bangsa akan terus dipelihara dan kekal sepanjang zaman.


Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK

#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR



Previous Post Next Post