PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: MALAYSIA TANAH AIRKU



PETIKAN SIVIK TEMA KASIH SAYANG: MALAYSIA TANAH AIRKU

Malaysia ialah tanah air yang tercinta dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai semangat patriotik agar sentiasa mencintai negara.


Negara kita ialah tanggungjawab bersama yang perlu dipelihara untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan. Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa, misalnya dalam bidang pendidikan, sukan, dan teknologi.


Tokoh-tokoh negara juga berperanan besar kerana usaha mereka telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.


Oleh itu, setiap warganegara perlu berusaha menunjukkan imej yang baik dengan mematuhi undang-undang, menjaga kebersihan, dan menghormati antara satu sama lain.


Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Jika semua rakyat bekerjasama, Malaysia pasti terus maju, makmur dan disegani di mata dunia.


Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK

#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR
Previous Post Next Post