PETIKAN SIVIK TEMA HORMAT-MENGHORMATI : TOLERANSI


PETIKAN SIVIK TEMA HORMAT-MENGHORMATI : TOLERANSI

Toleransi bermaksud sikap bertolak ansur, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Dalam kehidupan seharian, sikap toleransi amat penting untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.

 

Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan-Dusun, Iban dan Bidayuh. Walaupun kita berbeza agama, budaya dan adat resam, kita harus saling menghormati dan menerima perbezaan tersebut dengan hati terbuka.


Di sekolah, amalan toleransi dapat ditunjukkan melalui kerja berkumpulan, aktiviti sukan, serta semasa menyertai program kebudayaan. Apabila kita mengamalkan toleransi, hubungan persahabatan akan menjadi lebih erat dan suasana sekolah menjadi harmoni.

 

Kesimpulannya, amalan toleransi perlu dipupuk sejak kecil agar setiap rakyat dapat hidup aman, saling menghargai dan bekerjasama membina Malaysia yang maju, makmur dan bersatu padu.


Senarai petikan yang lain boleh dapatkan di: https://www.chekgulk.com/search/label/SIVIK

#sivikdalamperhimpunan
#SivikSR
Previous Post Next Post